Letupan, gegaran di Ipoh bukan kerna aktiviti kuari

Ipoh, Jun-
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak mengesahkan bunyi letupan dan gegaran dilaporkan berlaku kira-kira 10.30 pagi tadi bukan disebabkan aktiviti letupan kuari.

Pengarah JMG Perak, Nizarulikram Abdul Rahim, berkata aktiviti itu hanya boleh dilaksanakan bermula 12 tengah hari sehingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

“Berhubung gegaran yang dilaporkan berlaku sekitar 10.30 pagi tadi, hasil semakan JMG Perak menunjukkan tiada aktiviti letupan kuari berlaku sekitar waktu itu.

“Aktiviti letupan kuari tidak dibenarkan dilaksanakan di luar waktu itu,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan orang ramai berhubung bunyi letupan dan gegaran di sekitar daerah itu pagi tadi.

Pada 21 Okt lalu, satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan sekitar Ipoh, antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput kira-kira 11.06 pagi yang disusuli bunyi dentuman kuat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here