23 jalan di pusat bandar tutup sempena Thaipusam

Kuala Lumpur, Jan 23.
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam hari ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid berkata penutupan dan lencongan bermula jam 9 malam hari ini bagi memberi laluan perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur menuju ke Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.Beliau berkata jalan yang terlibat termasuk Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi. Turut terlibat, Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah (JaLan Ipoh) , Jalan Tun Razak, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Lama (Batu Lima) dan Jalan Salah.

“Perarakan balik pedati akan bermula pada Jumaat ini pada jam 3 petang melalui jalan yang sama dan akan dibuka secara berperingkat,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau menasihatkan kepada seluruh warga kota terutama kepada pengguna jalan raya supaya mengelak menggunakan jalan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here