Bekas presiden Maldives cedera dalam serangan bom

Satu serangan bom yang disyaki mencederakan bekas presiden Maldives dan speaker parlimen sekarang Mohamed Nasheed kelmarin dan beliau segera dihantar ke hospital, menurut pegawai dan penduduk tempatan.

Letupan berlaku ketika Nasheed, 53, hendak masuk ke dalam kereta di ibu negara Male, seorang pegawai dari Parti Demokratik Maldivian (MDP), memberitahu AFP melalui panggilan telefon.

“Ia kelihatan seperti sejenis bahan letupan buatan sendiri, kemungkinan dipasang pada sebuah motosikal yang diparkir,” kata pegawai itu sambil menambah bahawa satu siasatan sedang dilakukan.

Tidak ada maklumat mengenai kecederaan yang dialami oleh Nasheed. Sekurang-kurangnya seorang pengawal peribadinya turut dibawa ke hospital.

Penduduk di Male berkata letupan telah didengari di sekitar ibu negara.

Nasheed menjadi speaker parlimen, kedudukan kedua paling berkuasa di negara Lautan India itu, berikutan kemenangan tipis partinya dalam pilihan raya pada  April 2019.

Nasheed menjadi presiden pertama dilantik secara demokratik di negara itu selepas memenangi pilihan raya pertama pelbagai parti pada 2008.

Namun beliau telah digu-lingkan dalam satu rampasan kuasa pada 2012 dan tidak dapat bertanding dalam pili-han raya presiden 2018 selepas disabitkan atas tuduhan jenayah.

Bagaimanapun, beliau kembali ke negara selepas dalam buangan yang dilakukan sendiri apabila partinya menang pilihan raya presiden 2018 dan kemudian me-masuki parlimen.

Menteri Luar Negara Abdulla Shahid mengecam de-ngan tegas serangan itu.

Dalam satu kenyataan di Twitter beliau menyata-kan: “Serangan dengan cara pengecut seperti ini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat. Ingatan dan doa saya adalah bersama dengan Presiden Nasheed dan orang lain yang tercedera dalam serangan ini, termasuk ke-luarga mereka.” 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here