Tawar RM5 juta bunuh PM – Lelaki dipenjara 6 bulan

Kuala Lumpur, Jan 30.
Seorang pemandu lori terkejut dan menangis selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana membuat hantaran mengancam di TikTok untuk membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.

Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Tiktok menggunakan nama profil “@jaiadani89” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang mengancam sifatnya sepertimana “hari ini aku nk transfer RM5 juta kat sape2 yg nak..tapi kena buat kerja sikit la..tembak mati pmx dan menteri2 b****** Dan geng2 dap l*******..” dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu dibuat dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 26 November 2023, pada 12 tengah hari di sebuah kondominium di Jalan Tong Shin di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here