Agong Tak Pernah Ambil Gaji Sepanjang 5 Tahun Berkhidmat

Kuala Lumpur, Jan 30.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakui tidak mengambil gaji Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sepanjang lima tahun memerintah negara.

Menerusi laporan Harian Metro, baginda juga ada mendedahkan detik awal memikul tanggungjawab sebagai ketua negara ketika itu bukan sahaja dalam keadaan sukar akibat pergolakan politik malah berada dalam kekaburan dengan jawatan dan peranan yang perlu disandang.

“Detik pertama saya masuk Istana Negara memberi pengalaman agak manis apabila diingat semula. Ini kerana saya masuk ke jawatan yang saya sendiri tidak pasti apa peranannya.

“Ketika dilantik, saya baru 15 hari menjadi Sultan Pahang, banyak perkara yang saya masih tak tahu dan kemudian terus dilantik sebagai YDPA. Memang ia agak sukar bagi saya kerana tiada pengalaman, tetapi saya belajar perlahan-lahan.

“Ditambah dengan empat Perdana Menteri yang ada sepanjang lima tahun saya menjadi Agong, siapalah saya dibandingkan dengan mereka yang berpengalaman, tetapi saya banyak bertanya, belajar dan membaca,” titah baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here