RM100 – 3 Polis Trafik ditahan

Ipoh, Jan 30.
Tiga anggota Polis Trafik ditahan reman tiga hari mulai hari ini untuk siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman trafik, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang ditahan itu berusia 37 hingga 42 tahun.

Beliau berkata, ketiga-tiganya kini dalam tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu.

Katanya, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan; Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here