Kenangan Sedih Raja Permaisuri Agong

Johor Bahru, Feb 1.
Di sebalik tarikh 31 Januari yang menjadi lembaran baharu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan semalam, ia juga tarikh yang membawa kenangan sedih bagi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka berdua, meskipun memulakan tanggungjawab baharu kepada negara, tidak melupakan tarikh 31 Januari 1984 yang juga tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah II.

“Pada 31 Januari 1984 adalah tarikh kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah II, 40 tahun lepas.

“Ketika kemangkatan Almarhum, saya mengandung empat bulan anak pertama saya, iaitu Tunku (Mahkota) Ismail dan waktu itu terasa sangat sukar bagi saya. “Saya sedih ayahanda saya tidak sempat berjumpa dengan anak sulung saya. Al-Fatihah,” titah Raja Permaisuri Agong dalam hantaran itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here