Budak 4 tahun tersepit mesin basuh

Alor Setar, Feb 1.
Bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh jenis manual di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang.

Ketua Balai Bomba Kuala Nerang, Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.53 petang tadi.

“Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here