Keputusan pengampunan Najib – ‘Mungkin minggu ini’, kata Zaliha

Putrajaya, Feb 1.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata status permohonan pengampunan diraja Najib Razak ‘diharapkan’ akan diumumkan minggu ini.

“Insyallah ..kita harapkan (minggu ini),” katanya kepada pemberita di satu acara, di sini, hari ini.

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Najib akan diberikan pengampunan susulan laporan bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat di Istana Negara pada Isnin.

Zaliha, yang menganggotai lembaga itu, sebelum ini mengesahkan bahawa satu mesyuarat telah diadakan tetapi tidak mendedahkan jika permohonan Najib dibincangkan.

Pada sidang media semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jemaah Menteri dimaklumkan tentang permohonan untuk mengampunkan bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata, Jemaah Menteri dimaklumkan secara “sepintas lalu” tanpa huraian lanjut, dan hal pengampunan bukan bidang kuasa Jemaah Menteri.

“Kita bincang tapi kita faham ini di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan,” katanya.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International.

Peguamnya, Shafee Abdullah, sebelum ini berkata permohonan pengampunan pertama kali dikemukakan pada September 2022, dan tambahan kepada petisyen itu difailkan pada Oktober tahun itu dan April 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here