Budak 5 tahun maut dalam kereta ibu

Kuala Lumpur, Feb 1.
Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya, dalam kejadian di sebuah hospital di Shah Alam, kelmarin.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang pegawai perubatan hospital terbabit pada 8.01 malam. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja dalam Perodua Axia terbabit selepas diambil dari taska berhampiran, kira-kira 2 petang.

Ketika ditinggalkan, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu mangsa berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital itu dipercayai hanya menyedari insiden terbabit selepas dihubungi suaminya pada 6 petang.

Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dilakukan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here