Punca sebenar Mahathir serang Muhyiddin

Dr. Mahathir, Tun Daim dan Kadir Jasin telah mula serang Muhyiddin semalam.

Saya tidak sokong tiga serangkai ini atau empat sekawan termasuk Muhyiddin tersebut.

Keempat-empat mereka sudah sepatutnya memberi laluan kepada generasi baru untuk mentadbir Malaysia dan bukannya masih memalu gendang yang lama.

Dua puluh tahun dahulu pada tahun 90an semasa umur saya dua puluhan, mereka inilah yang telah menghuru-harakan negara dengan krisis ekonomi, politik dan sebagainya.

Zaman telah berubah. Namun kini setelah dua dekad berlalu, mereka masih mahu rakyat Malaysia dan generasi baru kini untuk mengikut telunjuk mereka lagi.

Saya tidak kisah Mahathir mahu menjatuhkan Muhyiddin, itu adalah tabiat lamanya iaitu menjatuhkan orang lain terutama Perdana-perdana Menteri.

Prestasi Muhyiddinpun amat teruk sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin memang patut diturunkan.

Tetapi ini bukanlah sebab utama Mahathir serang Muhyiddin sekarang.

Dulu Mahathir yang sokong Muhyiddin.

Sebab utama dia serang Muhyiddin sekarang ialah dia tahu kedudukan Muhyiddin kini sedang goyah teruk dan tidak lagi boleh dipertahankan.

Jika Muhyiddin buka Parlimen, dia akan dijatuhkan.

Jika Muhyiddin bubar Parlimen, dia akan kalah pilihan raya.

Mahathir tahu jika Muhyiddin tidak diganti sebelum Parlimen dibuka atau sebelum pilihan raya diadakan, puak-puak mereka akan kalah dalam pilihan raya dan BN atau Anwar yang akan jadi Perdana Menteri.

Ini adalah mimpi ngeri buat Mahathir.

Dan jika ini berlaku, habislah tiga serangkai (Mahathir, Daim dan Kadir) atau empat sekawan ini dan kroni-kroni mereka.

Oleh itu dia (Mahathir) fikir dia kena jadi Perdana Menteri semula sebelum Muhyiddin mengaramkan kapal mereka dan mereka semua tenggelam bersama.

Dan kini mereka berebut sekali lagi siapa hendak jadi Perdana Menteri.

Dalam sidang media baru-baru inipun Mahathir menzahirkan niatnya untuk jadi Perdana Menteri semula.

Mahathir bukan minat untuk mentadbir negara atau menyelesaikan krisis rakyat.

22 bulan dulu kita sudah nampak hasil kerjanya.

Dia hanya mahu selamatkan dirinya, keluarga dan kroninya sekali lagi.

Kita sudah muak dengan politiking PPBM dan ‘penaung’ PPBM ini.

Kita perlu selesaikan krisis politik, krisis Covid-19, dan krisis ekonomi ini segera.

Dan buka Parlimen untuk bersidang supaya pengurusan krisis dapat dibincang dengan lebih telus dan berkesan serta supaya ada semak imbang kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here