Suspek kes bunuh ditembak mati

Petaling Jaya, Feb. 1.
Suspek kes bunuh seorang wanita warga Indonesia ditembak mati oleh polis di sebuah flet di Bukit Subang.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku ketika sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu rumah di tingkat lima sebuah flet kira-kira 5.30 petang semalam.

Menurutnya, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an itu bertindak agresif menyerang anggota polis menggunakan parang.

“Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri menyebabkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sebilah parang panjang berukuran 28 sentimeter turut dirampas dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, suspek dipercayai terbabit dalam satu kes bunuh seorang wanita warga Indonesia di Sungai Way di Petaling Jaya, Isnin lalu.

Mangsa ditemui mati dengan lapan kesan tikaman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here