Kebakaran Flat Sri Sabah Lima unit rumah musnah

Kuala Lumpur, Feb 12.
Bomba mengesahkan lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah, Taman Kobena, Cheras di sini musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Satu lagi unit kediaman yang terletak di tingkat berkenaan berjaya diselamatkan manakala lima unit kediaman yang terjejas mengalami kerosakan antara 85 hingga 97 peratus.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafizan Hassan, memaklumkan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu.

Bagaimanapun, katanya terdapat seorang wanita warga emas berusia 62 tahun mengalami sesak nafas namun keadaannya dilaporkan stabil.

Terdahulu, katanya Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima laporan mengenai kebakaran itu pada jam 9.19 malam dan mengerahkan pasukan bomba daripada lima balai bomba berhampiran ke lokasi untuk memadam kebakaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here