Prince Midnight hasilkan gitar dari tulang-temulang pakciknya

Peminat tegar muzik yang menggelar dirinya Prince Midnight, memberitahu pelayar di media sosial bahawa dia menghasilkan gitar menggunakan tulang belakang dan rusuk mendiang pakciknya.

Prince memasang bahagian leher gitar, pikap, tombol nyaring, pencolok, tali dan elektronik menggunakan tulang rusuk dan belakang pakciknya.

Guitar itu dihasilkannya sebagai memberi penghargaan kepada pakciknya yang banyak memberi sokongan dan dorongan minatnya terhadap muzik heavy metal.

Menurutnya dia bukan seorang yang pelik atau luar biasa, namun dia melakukannya kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya pada tulang-temulang pakciknya.

Rangka pakciknya yang dikenali sebagai Filip itu sudah disimpan dua dekad sebelum Prince mengambil keputusan mengunakan tulang-temulangnya dijadikan gitar.

Menurut Reddit, Filip meninggal dunia pada usia masih muda selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

Mendiang mewasiatkan supaya tengkoraknya didermakan kepada kolej tempatan digunakan sebagai bahan kajian mereka.

Namun selepas 20 tahun tulang-temulangnya tidak lagi digunakan dan hanya disimpan di dalam kotak.

Di negara tersebut penganut ortodoks tidak gemar dengan tradisi pembakaran mayat dan keluarganya juga tidak mahu rangka pakciknya dibakar.

Berikutan itu Prince mengambil keputusan memperingati pakciknya dengan cara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here