Polis rampas RM7.6 juta dadah

Kuala Lumpur, Feb 21.
Polis tumpas satu sindiket dadah. Sindiket tersebut dikesan menyewa tiga kondominium mewah dengan kawalan ketat untuk menyimpan stok dadah yang diseludup masuk dari negara jiran sebelum diedarkan di sekitar Lembah Klang serta ke Sabah dan Sarawak.

Modus operandi sindiket itu berjaya dibongkar hasil risikan dan siasatan sebelum dua serbuan berasingan dijalankan di tiga kondominium terbabit yang terletak di sekitar Cheras, pada 14 Februari lalu.

Menerusi serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu, polis merampas lebih 182 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM7.6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata menerusi serbuan itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan, masing-masing berusia 26 dan 41 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here