Kalau Perlu SPRM ‘Siasat’ JPJ – Azam

Putra Jaya, Sep 14
Sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah, berkaitan isu pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ‘masuk’ untuk melakukan siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan meneliti perkembangan dakwaan salah laku itu melalui siasatan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan berhubung isu berkenaan.

Setakat ini kita serahkan siasatan kepada pasukan petugas khas berhubung dakwaan itu. Kita akan Jika ada elemen salah guna kuasa atau rasuah wujud barulah kita masuk, katanya kepada pemberita di sini.

Pada 8 September lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.
‘JPJandora Papers’ melalui saluran Telegram Edisi Siasat yang mendakwa wujud skandal di jabatan itu apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual pada harga ratusan ribu ringgit, dengan kegiatan itu dikatakan didalangi pegawai JPJ sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here