Alor Setar, Mac-
Lelaki yang dipercayai mengamuk dan membakar ibunya di sebuah rumah di Jalan Tok Keling di sini, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.
Suspek direman bermula hari ini sehingga 9 Mac ini untuk membantu siasatan bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental itu tiba di lokap mahkamah pada 8.30 pagi dengan menaiki trak polis.
Difahamkan, suspek dipercayai diagnos masalah mental sejak 2019 yang dipercayai akibat masalah keluarga.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dipercayai mengamuk sebelum membunuh ibunya yang ditemui dengan kesan terbakar di sebuah rumah kediaman di Jalan Tok Keling di sini, semalam.



















