Letupan gas di Puchong 2 maut

Kuala Lumpur, Feb 23.
Dua maut, manakala dua lagi cedera dalam insiden letupan gas acetylene di sebuah premis di Taman Perindustrian Puchong Utama di Puchong, dekat sini pagi tadi.

Kejadian dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) jam 10.14 pagi sebelum 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati letupan berkenaan membabitkan gas ‘acetylene’ di sebuah premis.

“Pemeriksaan mendapati dua individu meninggal dunia, manakala dua lagi dilaporkan cedera. Kerja-kerja ventilasi sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas dari dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here