Pemandu dipukul mati, positif dadah

Kuala Lumpur, Feb 23.
Polis mengesahkan lelaki yang diikat dan dipukul hingga mati di Taman Pelangi     Semenyih 2,  Kajang pada Selasa lalu, positif dadah jenis syabu dan ganja.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 42 tahun itu juga didapati memiliki 10 rekod dadah dan dikehendaki berkaitan bahan terlarang berkenaan.

Kita turut menahan dua lagi lelaki masing-masing berusia 22 dan 39 tahun di Kajang, semalam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Kita percaya ada lagi individu lain yang akan ditahan selepas ini, selain sudah menerima laporan dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu. “Difahamkan ketika kejadian, mangsa melanggar dua kenderaan lain sebelum ditemui meninggal dunia dipercayai akibat dipukul, katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar @ Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang baharu menggantikan Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here