Actor Sivakumar Cetus Kontroversi Lagi

Pelakon veteran filem Tamil Sivakumar, cetus kontrevesi lagi di kalayak ramai. Beliau dijemput khas untuk majlis pelancaran buku yang bertajuk ‘Ippadithan Uruvanen’ karya hasil Palzha.Karuppaiah di Kannadasan Mani Mandapam, Karaikudi semalam.

Apabila Sivakumar turun dari pentas selepas majlis pelancaran itu, seorang lelaki warga emas bersungguh-sungguh cuba memakaikan kain selendang kepada Sivakumar. Tetapi tiba – tiba merampas selendang daripadanya dan terus membuangnya atas lantai dengan marah. Perangai yang tak bermoral itu menimbulkan kekecohan di sana. Adegan ini menjadi viral di media sosial dan menimbulkan rasa marah terhadap pelakon itu.

Beberapa tahun lalu, telefon bimbit seorang remaja yang cuba berswafoto dengan Sivakumar di suatu majlis telah dirampas dan buang macam ini juga mengakibatkan situasi marah terhadap pelakon itu. Sekarang lagi sekali dia mengulangi tabiat tak senonoh itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here