Discaj pesakit yang stabil bagi peluang kepada lain

Kuala Lumpur, Feb.
Tindakan mengeluarkan pesakit yang stabil daripada Institut Jantung Negara (IJN) dibuat bagi membolehkan lebih ramai pesakit lain yang lebih kronik dirujuk dan mendapat rawatan di fasiliti berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan pembiayaan tahunan Persekutuan yang diterima daripada Kementerian Kewangan bagi merujuk pesakit jantung ke lJN.

Katanya, bagi memastikan lebih ramai pesakit lain dirujuk ke lJN, pesakit sedia ada dibenarkan discaj apabila keadaan mereka sudah stabil sebelum mereka dirujuk ke pusat jantung KKM yang lain.

“KKM mempunyai tujuh hospital yang mempunyai Perkhidmatan Kardiologi dan tiga termasuk mempunyai Perkhidmatan Kardiotorasik. Dr Dzulkefly berkata, KKM merujuk kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN bagi mengurangkan kesesakan dan masa menunggu yang lama di pusat jantung KKM yang lain.

Terdahulu, KKM menyangkal laporan mendakwa IJN kini dalam proses mengeluarkan semua pesakit dalam kalangan penjawat awam dan pesara berikutan langkah penjimatan kos kerajaan.

Katanya, IJN hanya akan mendiscaj pesakit yang stabil dengan tempoh pemantauan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun bagi dewasa dan satu hingga dua tahun bagi kanak-kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here