388 kematian Covid-19 semalam

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 388 kematian Covid-19 semalam, menurut data GitHub.

Daripada jumlah itu, 64 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) dan data berkenaan turut memaklumkan kematian sebenar dalam purata tujuh hari adalah 108. Jumlah kematian sehingga kini mencecah angka 22,743.

Sehingga semalam, sebanyak 221,339 kes aktif Covid-19 direkodkan, di mana turun 5,781 kes berbanding hari sebelumnya. Sebanyak 1,204 kes ICU dan 708 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak 22.970 kes sembuh turut dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here