Memorandum tiga tuntutan BERSIH

Kuala Lumpur, Feb.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyerahkan memorandum berhubung tiga tuntutan Reformasi 100 Peratus kepada enam Ahli Parlimen, hari ini.

Memorandum berkenaan masing-masing diserahkan kepada empat ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Selain itu, dua ahli Parlimen pembangkang iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Al-Sagoff dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Terdahulu, kira-kira 60 peserta Himpunan Tuntut Reformasi 100 peratus anjuran BERSIH berarak ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum tuntutan mereka.

Peserta himpunan mula berkumpul berhampiran Plaza Tugu Negara di sini, seawal jam 7 pagi sebelum berarak sehingga ke laluan persimpangan masuk ke bangunan Parlimen kira-kira jam 8.30 pagi. Mereka berarak secara aman dengan diiringi kira-kira 100 anggota polis yang melakukan tugas kawalan keselamatan dan aliran trafik.

3 tuntutan BERSIH

BERSIH dalam memorandumnya menuntut reformasi 100 peratus terhadap tiga perkara utama yang sebelum ini dijadikan manifesto PH.

Mereka menuntut kaedah pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditambah baik dengan melibatkan Jawatankuasa Parlimen.

Ini supaya semua pihak boleh membahaskannya secara demokratik dan inklusif, reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya, dan reformasi Parlimen.

BERSIH turut menuntut tiada lagi keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh mahkamah terhadap mana-mana ahli politik yang sedang dibicarakan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Tuntutan ketiga BERSIH adalah menolak undang-undang dua darjat membabitkan kes-kes perbicaraan berprofil tinggi membabitkan ahli politik yang diutamakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here