P. Manoharan dilantik ketua pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan

Kuala Lumpur, Feb.
Pengarah kanan promosi antarabangsa bagi rantau Asia dan Afrika, Manoharan Periasamy dilantik menjadi ketua pengarah baharu Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang baru.

Tourism Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan.Ucapan itu dimuatkan di laman Facebook Tourism Malaysia, hari ini. “Setinggi-tinggi tahniah Encik Manoharan Periasamy atas pelantikan sebagai ketua pengarah ,” katanya poster tersebut.

Ucapan tersebut dibuat oleh Lembaga Pengarah Pengurusan & Kakitangan.Semakan di laman sesawang Tourism Malaysia menyatakan Manoharan merupakan pengarah kanan promosi antarabangsa bagi rantau Asia dan Afrika.

Sebelum ini, Lembaga Pengarah Tourism Malaysia menyokong penuh hala tuju Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melakukan perubahan dalam Tourism Malaysia selepas ketua pengarahnya, Ammar Abd Ghapar, diturunkan pangkat kerana prestasi tidak memuaskan.

Dalam satu kenyataan, lembaga pengarah itu berkata terdapat keperluan untuk sektor pelancongan melakukan perubahan ketara terutama dari segi kaedah mempromosi produk pelancongan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here