Covid-19 kematian 250

covid

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 250 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub. Daripada jumlah itu, 49 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 24,931.

Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 65 kes, diikuti Sabah (43), Johor (41), Pulau Pinang (20), Sarawak (16), Kelantan (14), Perak (14), Pahang (9), Kedah (6), Kuala Lumpur (6), Terengganu (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (3) dan Perlis (3).

Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya. Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 195,837 kes aktif direkodkan termasuk 1,055 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 595 memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here