R.Aravin maut dalam kemalangan

Bukit Mertajam, Feb.
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 141 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara, berhampiran Juru di sini, awal pagi hari ini.

R.Aravin, 26, yang memandu kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.43 pagi, dan sebaik tiba seorang lelaki ditemukan tersepit di ruang pemandu.

Beliau berkata lelaki itu berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan dia telah meninggal dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here