Kanak-kanak tercampak keluar kereta, dilanggar 2 kenderaan lain

Kota Bharu, Okt 19.
Seorang kanak-kanak lelaki bernasib baik apabila terselamat selepas tercampak dari kenderaan yang dipercayai dipandu ahli keluarganya sebelum dilanggar dua kereta lain di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Kejadian itu tular menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit satu saat laman media sosial sejak semalam.

Rakaman itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggarkan beusia lingkungan tiga tahun tercampak dari sebuah kereta sebelum dilanggar dua kereta.

Kanak-kanak itu cuba bangun untuk berlari sebelum diselamatkan oleh penunggang motosikal yang membawanya ke tepi jalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here