Biasiswa OUM bakar semangat

Kuala Lumpur, Feb.
Biasiswa daripada Open University Malaysia (OUM) menjadi pembakar semangat buat pemain beregu wanita utama negara M.Thinaah, menjelang Terbuka Perancis di Paris pada 5 hingga 10 Mac ini.

Thinaah yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua – TESL) di OUM sejak Mei 2020 berkata biasaiswa berkenaan menjadi pendorong untuknya memenangi kejohanan itu bersama gandingannya Pearly Tan.

“Saya percaya (biasiswa) merupakan motivasi terbaik untuk saya. Ya, (kejayaan di Terbuka Perancis) adalah sasaran saya.”Saya rasa persiapan kita sangat baik. Kita harapkan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menerima biasiswa itu semalam.

Gandingan di ranking ke-15 dunia itu akan memulakan kempen di Terbuka Perancis berdepan pasangan China yang juga beregu kelima dunia Zhang Shu Xian-Zheng Yu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here