Bekalan sayur bakal terjejas 40 peratus

Johor Bahru, Mac.
Pengeluaran hasil sayuran negara dijangka terjejas sehingga 40 peratus mulai bulan depan menyebabkan harganya di pasaran melambung susulan pengusaha tanaman menghadapi krisis tenaga kerja.

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata ia berikutan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk membatalkan kuota pekerja asing yang tidak digunakan sebelum 31 Mac ini.

Katanya, senario itu akan menyebabkan harga sayuran di pasaran meningkat mendadak apabila bekalan sayuran berkurangan dengan hasil sayuran tidak dapat dikeluarkan seperti biasa akibat kekurangan tenaga kerja.

“Langkah kerajaan mengumumkan pembatalan kuota pekerja asing yang tidak digunakan sebelum 31 Mac ini sebenarnya mempunyai kesan yang besar terhadap sektor pertanian, khususnya sayuran negara yang bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here