Lelaki dibunuh – Isteri ditahan

Kuala Lumpur, Apr.
Seorang wanita ditahan selepas mayat suaminya ditemukan di dalam sebuah rumah belum siap dibina di Tanjung Rambutan, Perak semalam.

Polis menahan wanita warga asing berusia 37 tahun itu bagi membantu siasatan, selepas bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma objek tumpul. Anggota badan lelaki warga asing berusia 25 tahun itu juga dipenuhi kesan lebam baharu, selain kesan cekik pada leher, menurut Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahamad.Abang Zainal berkata polis menerima maklumat daripada orang awam pada 10.03 pagi berhubung penemuan mayat itu.

Ia didakwa dijumpai dalam keadaan terbaring di dalam sebuah bilik, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here