Kuala Lumpur, Mac 18.
Sesi persekolahan setiap tahun akan kembali kepada Januari hingga Disember, pada 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Sejak 2022, kalendar akademik negara ini terpaksa diubah bermula Mac susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Kah Woh berkata, kerajaan sudah memulakan usaha menyusun dan mengawal Kalender Akademik Persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.”Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.
“Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (penggal, hari dan cuti sekolah) 1998 (Pindaan) 2021.Peraturan itu menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” katanya di Dewan Rakyat di sini.
Beliau berkata demikian kepada soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang bertanya sama ada KPM berhasrat untuk mengembalikan semula kalender persekolahan kepada asal, iaitu Januari hingga Disember.