291 pemandu lori menang tuntutan caruman Perkeso

Johor Bahru, Mac.
Nasib 291 pemandu lori terbela apabila Mahkamah Majistret Johor Bahru mengarahkan Yinson Transport (M) Sdn Bhd membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM705,150.

Perkeso dalam kenyataan berkata, syarikat itu diarah membayar tunggakan caruman sejak Januari 2011 hingga Julai 2018 menerusi enam kali ansuran bermula bulan depan.“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah bagi enam pertuduhan ke atas majikan kerana gagal membayar caruman Perkeso berjumlah RM705,150.10 kepada 291 pemandu lori terbabit beserta denda sebanyak RM23,000 oleh mahkamah,” katanya.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here