Lockdown di Beijing setelah temui varian baharu Covid-19

Perintah berkurung (lockdown) telah dikenakan ke atas lima kawasan di Beijing setelah dua kes varian baharu Covid-19 Britain dikesan di ibu negara China.

Lapor Daily Mail, kedua-dua kes varian itu adalah antara tujuh kes Covid-19 baharu yang dikesan pada hari Rabu, dengan enam yang ditemui di daerah Daxing Selatan.

Menurut Ketua Badan Kesihatan Beijing, Pang Xinghuo, langkah itu diambil bagi mengelakkan penularan wabak di Beijing terutama menjelang Tahun Baru Cina.

Pegawai mengatakan bahawa dua kes di Daxing dikaitkan dengan varian baharu UK yang dipercayai virus itu lebih mudah disebarkan dan pertama kali dikesan pada hari Ahad.

Secara keseluruhan, 1.6 juta orang diperintahkan untuk berada di rumah, kecuali mereka telah mendapat kebenaran khas daripada pihak berkuasa dan ujian calitan negatif Covid-19.

Acara melibatkan 50 orang atau lebih di daerah itu dilarang, sementara majlis perkahwinan harus ditangguhkan.

Bagi semua pelajar tadika, sekolah rendah dan menengah di daerah itu, mereka perlu belajar di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here