RM14.15 juta dadah dirampas

Kuala Lumpur, Mac.
Pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM14.15 juta dirampas dan dua lelaki tempatan ditahan ketika polis menyerbu sebuah kondominium mewah di Kajang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah NarkotiAk Bukit Aman Khaw Kok Chin berkata dua lelaki berusia 33 dan 44 tahun itu merupakan penjaga stor dan “transporter” bagi sindiket yang dipercayai mula aktif sejak tahun lalu.

“Modus operandi sindiket itu adalah menjadikan kondomAinium sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedar menggunakan kereta untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang media di IPD Kajang hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu turut menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyeludup dadah ke negara jiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here