Sukan Komanwel – ‘Duit rakyat’ tak akan bazir

Kuala Lumpur, Mac.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kata, Malaysia tidak akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 yang ditawarkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sekiranya ‘duit rakyat’ terpaksa digunakan.

Menurut Yeoh, pihaknya berpandangan jika kerajaan ingin menganjurkan temasya itu, perbelanjaannya tidak harus melebihi daripada jumlah geran 100 juta pound (RM602 juta) disediakan CGF.Sehubungan itu, kerajaan perlu teliti dalam memperincikan setiap aspek bagi mengelakkan keputusan sambil lewa diambil.

“Apa (yang) pasti, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.“Tidak akan sama sekali bazirkan wang pembayar cukai walau sedia anjurkannya,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Hannah menyatakan apakah pendirian kerajaan terhadap tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here