Mahkamah Sesyen batal tiga pertuduhan pecah amanah lebih RM1 juta Sundra Rajoo

KUALA LUMPUR –
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) lebih RM1 juta yang dihadapi bekas pengarahnya Datuk Dr N. Sundra Rajoo.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Dis tahun lepas yang memutuskan Sundra Rajoo mendapat imuniti daripada sebarang tindakan sivil dan jenayah sewaktu beliau memegang jawatan itu.
“Kes ini dibatalkan dan jumlah jaminan RM100,000 dikembalikan manakala pasport antarabangsa (Sundra Rajoo) dipulangkan,” katanya semasa sebutan kes itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here