Hutan dekat R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar

Ipoh, Mac.
Kawasan hutan bukit seluas 4.46 hektar di Hentian Rehat dan Rawat Bintang Hijau Sungai Rui, Gerik terbakar tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.27 tengah hari.

“Kita segera mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan bantuan lori tangki air dari BBP Pengkalan Hulu ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan lalang di tepi jalan dan juga hutan di bukit setinggi 700 meter anggaran keluasan 10 ekar (4 hektar),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here