Gantung guru bawah siasatan gangguan seksual – Kerajaan digesa

Kuala Lumpur, Mac.
Kementerian Pendidikan (KPM) perlu segera menggantung guru disiasat atas kesalahan membabitkan gangguan seksual terhadap pelajar, kata Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE).

Pengerusi PAGE, Noor Azimah Rahim berkata, KPM juga perlu segera melantik guru pengganti untuk mengisi kekosongan itu.“Guru (disyaki) itu tidak patut dibenarkan terus berada di sekolah lagi atau ditukarkan ke sekolah lain,” katanya kepada FMT.

Ketika ini, menurutnya, guru disiasat atas pelanggaran etika serius ditukarkan ke sekolah lain akibat proses pemecatan rumit.Mungkin juga kerana menteri takut mencetuskan kemarahan guru kerana mereka pengundi penting.”

Pada 16 Mac lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi amaran pendidik atau kakitangan sekolah terbabit kesalahan gangguan seksual terhadap pelajar akan dipecat, selain didakwa.

Katanya, KPM komited memastikan sekolah tempat paling selamat buat pelajar selepas rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here