Suspek lempar bom ke arah KK Mart di Bidor dikesan

Ipoh, Mac.
Siasatan awal pihak polis mendapati bom petrol yang dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki kereta awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut mendapati, sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah ‘Lalamove’, telah berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.

“Satu lelaki (suspek) telah turun daripada kereta tersebut dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here