Cedera tangan tersepit mesin perah santan

Pendang, Mac.
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera di tangan kiri akibat tersepit dalam mesin pemerah santan di rumahnya di Kampung Padang Durian, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.11 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rodzuan Omar tiba di lokasi berkenaan bersama lapan anggota.

“Sebaik tiba di lokasi, tindakan awal yang dilakukan anggota Bomba adalah dengan mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit dan dilakukan dengan berhati-hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here