Tak puas hati diejek, punca buli

Johor Bahru, Apr.
Tidak puas hati selepas berlaku selisih faham dan ejek mengejek dipercayai punca seorang remaja lelaki dipukul di sebuah pondok di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata video remaja tersebut dipukul sekumpulan remaja lelaki tular di media sosial sejak semalam.

Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 14 Mei tahun lalu jam 2 petang di sebuah pondok tepi padang bola kawasan Taman Puteri Wangsa di sini.

“Mangsa berusia 17 tahun telah membuat laporan polis pada hari sama, menyatakan dipukul beberapa individu tidak dikenali. “Kejadian berpunca perasaan tidak puas hati selepas berlaku perselisihan faham, serta ejek mengejek antara mangsa dengan suspek terlibat ketiks beriadah di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian itu, mangsa tidak cedera dan tidak menerima rawatan Hospital. Siasatan masih dijalankan untuk mengesan semua suspek terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu tular dua video berdurasi 37 saat dan tujuh saat yang memaparkan remaja itu ditumbuk beberapa kali ketika sedang duduk oleh sekumpulan lelaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here