Gelombang haba landa Jeli, Gua Musang, Temerloh

Kuala Lumpur, Apr.
Kawasan Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Temerloh, di Pahang masing-masing merekodkan cuaca panas tahap dua atau gelombang haba setakat jam 4.30 petang semalam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kemas kini status cuaca panas di laman Facebook turut memaklumkan terdapat 20 kawasan di Semenanjung dan masing-masing dua kawasan di Sabah dan Sarawak yang merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Kawasan berkenaan ialah seluruh Perlis, Padang Terap dan Baling di Kedah, Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Tampin dan Jelebu (Negeri Sembilan), Jerantut, Bera, Raub, Lipis, Maran, Pekan dan Bentong (Pahang), Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut dan Dungun (Terengganu).

Sementara di Sarawak membabitkan Mukah dan Limbang, di Sabah membabitkan Tuaran dan Tenom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here