AEON BiG Mendapat Pembiayaan Kewangan Islam RM150 Juta Daripada HSBC Amanah

Transaksi ini merupakan fasiliti kewangan Islam pertama bagi AEON BiG Malaysia, dan akan digunakan untuk medukung rancangan pengembangannya serta membiayai modal kerja am sambil memperluaskan inisiatif patuh syariah  HSBC Amanah telah bersetuju untuk menghulurkan fasiliti pembiayaan Islam pertama bagi AEON BiG (M) Sdn Bhd. Transaksi bernilai RM150 juta ini akan digunakan untuk tujuan modal kerja am AEON  BiG, di mana ia akan membiayai operasi harian perniagaannya di Malaysia, sambil membangunkan aktiviti yang berfokus kepada pematuhan syariah. Pembiayaan ini juga akan merangkumi rancangan perkembangan AEON BiG, yang akan membuka cawangan terbarunya di Seremban pada 5 April 2024.

AEON BiG, yang merupakan anak syarikat AEON Co Ltd (Jepun), kini mengendalikan 21 pasaraya hyper di Malaysia. Pembiayaan terkini dari HSBC Amanah ini amat penting untuk meningkatkan lagi kualitioperasi AEON BiG di Malaysia. HSBC bekerjasama rapat dengan AEON BiG di Malaysia dan syarikat induknya; AEON CO Ltd di Jepun untuk memateraikan perjanjian ini.

“Kami amat teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan HSBC Amanah, dan kami sangat bangga dapat menyelaraskan strategi pertumbuhan dengan nilai-nilai kami. Kerjasama ini menggariskan dedikasi kami untuk memberikan khidmatsebaik mungkin kepada komuniti,sambil mematuhi prinsipprinsip Islam. Dengan pembiayaan ini, kami bersedia untuk mempercepatkan pertumbuhan,  rancangan perkembangan dan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan memerikan impak positif dan nilai kepada pelanggan, dan pada masa yang sama, kekal dengan prinsip kami,” kata Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan, AEON BiG.

“Semakin ramai pelanggan mencari penyelesaian kewangan yang fleksibel dan boleh dinaik taraf untuk membantu perniagaan mereka berkembang. Pembiayaan Islam pertama bagi AEON BiG ini akan  menyokong pertumbuhannya di Malaysia dan meringankan beban modal kerja, Ini amat penting untuk operasi syarikat sambil membolehkannya memberi tumpuan kepada inisiatif strategik lain untuk merealisasikan cita-cita AEON BiG untuk memacu landskap peruncitan negara,” kata Christina Cheah, Ketua Perbankan Global, HSBC Malaysia.

“Permintaan untuk pembiayaan Islam yang inovatif semakin meningkat di kalangan pelanggan
domestik dan antarabangsa. Melalui kerjasama lintas sempadan dengan syarikat induk; AEON Co di Jepun, AEON BiG di Malaysia dan pejabat HSBC di Malaysia dan Jepun, perjanjian ini menunjukkan bagaimana kami menggunakan rangkaian antarabangsa kami untuk membuka ruang bagi pelanggan menikmati tawaran dan kestimewaan pembiayaan Islam,” kata Raja Amir Shah, Ketua Pegawai Eksekutif, HSBC Amanah.

Mengenai HSBC Malaysia

Kehadiran HSBC di Malaysia bermula sejak 1884 apabila Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited menubuhkan pejabat pertamanya di negara ini di Pulau Pinang, dengan kebenaran untuk mengeluarkan nota mata wang. HSBC Bank Malaysia Berhad telah diperbadankan di peringkat  tempatan pada tahun 1984 dan merupakan anak syarikat milik penuh The Hongkong dan Shanghai Banking Corporation Limited, ahli pengasas Kumpulan HSBC. Pada tahun 2007, HSBC Bank Malaysia merupakan bank asing pertama yang diberikan lesen subsidiari perbankan Islam di Malaysia, iaitu HSBC Amanah Malaysia Berhad. HSBC Malaysia menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perbankan dan kewangan termasuk penyelesaian kewangan Islam. HSBC Malaysia juga telah menerajui inovasi di Malaysia dengan memperkenalkan ATM dan Perbankan Sentuhan Elektronik pertama di Malaysia pada awal 1980-an. Hari ini, HSBC Malaysia telah melancarkan penyelesaian inovatif seperti HSBCnet untuk perbankan selamat bagi perniagaan, Penjejak Transaksi Perdagangan
dan Pengecaman Muka pada telefon mudah alih yang disokong.

Mengenai AEON BiG

AEON BiG (M) SDN BHD kini mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang “AEON BiG” di Malaysia. Ia menawarkan PELBAGAI PILIHAN, dengan NILAI HEBAT. Pengambilalihan AEON BIG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi Asean.

Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman syarikat yang mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran yang dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON melangkau jangkaan pelanggannya dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali berbelanja.

Semangat yang terpahat ke atas nama AEON yang bermaksud keabadian dalam bahasa Latin, AEON  terus berusaha untuk berkolaborasi dengan pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan masyarakat setempat untuk mewujudkan peluang masa hadapan tanpa Untuk maklumat lanjut, sila layari:

• Facebook: MY AEON BiG
• Instagram: myaeonbig
• LinkedIn: AEON BiG (M) Sdn Bhd
• Laman Sesawang: www.aeonbig.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here