Nibong Tebal, Sep-
Dua penjenayah lelaki dipercayai cuba pecah masuk sebuah kilang di Bukit Panchor, di sini, maut ditembak awal pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku jam 3 pagi ketika anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan bertembung dengan suspek.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dijadual mengadakan sidang media berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi ini.




















