Isteri maut didera suami sendiri

Kulim, Apr.
Seorang wanita warga emas maut dipercayai didera suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah estet di Batu Putih, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, Balai Polis Sungai Kob menerima laporan tentang seorang wanita berusia 61 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kulim kira-kira jam 7.50 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke Hospital Kulim dari rumahnya di Batu Putih kira-kira jam 9 malam, sehari sebelum itu.

“Mengikut laporan pihak hospital, mangsa dibawa ke hospital itu kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam bilik air.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pemeriksaan lanjut juga mendapati ada kesan lebam di muka serta seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here