Kelindan tidak mengakui tikam adik

Teluk Intan, Apr.
Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan adik perempuan tirinya, Isnin lalu.

Tertuduh, L. Thiyagaraj, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret T. Ashvinii.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas L. Dewi, 31, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Duda kepada seorang anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Teluk Intan sekitar jam 8 malam pada 8 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here