Ribut petir, hujan lebat di Johor

Kuala Lumpur, Apr.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga daerah di Johor.

Amaran itu membabitkan tiga daerah terbabit ialah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Baharu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Klang dan Banting, Selangor, serta Cheras, di sini, semakin baik apabila berada pada tahap sederhana hingga jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan Sistem Pengurusan IPU, Jabatan Alam Sekitar, Klang mencatatkan bacaan 72, manakala Banting pula 87.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here