3 pemandu bas buat panggilan video, siaran langsung TikTok

Alor Setar, Apr.
Taktik penyamaran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penumpang mengena apabila berjaya mengesan tiga pemandu bas ekspres yang membuat panggilan video dan siaran langsung di TikTok ketika memandu, menerusi Op Hari Raya Aidilfitri 2024 pada 1 hingga 20 April lepas.

Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali berkata tiga pemandu berusia 52 hingga 54 tahun itu dikesan melakukan kesalahan pada 1 dan 18 April lepas ketika dalam perjalanan dari Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar ke Ipoh dan Kuala Lumpur.

“Kita dah banyak kali mengingatkan operator bas dan pemandu berkaitan kesalahan itu, namun masih berlaku… kita saman serta-merta kerana boleh membahayakan penumpang lain.

“Alasan diberikan untuk berkomunikasi, tetapi tak kena pada tempat dan masa, ini menunjukkan sikap dan tahap kesedaran pemandu bas terbabit masih rendah dan tidak mencapai apa kita harapkan,” katanya kepada pemberita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here