Ahli Parlimen gesa tolak cadangan larang kedai makan 24 jam

Kuala Lumpur, Apr.
Seorang Ahli Parlimen kerajaan menggesa Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menolak cadangan dari sebuah persatuan pengguna yang mahu kedai makan dilarang beroperasi 24 jam.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, cadangan itu yang sedang diperhalusi Kementerian Kesihatan (KKM) adalah tidak perlu dan boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kedai makan 24 jam memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana keuntungan menerusi jualan makanan dan pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Menghalang operasi itu akan menyebabkan banyak kehilangan pekerjaan dan menurunkan aktiviti ekonomi.”

Beliau juga berkata, kedai makan seperti itu menawarkan kemudahan dan akses kepada mereka yang mempunyai jadual berbeza seperti pekerja syif malam dan pelancong yang lewat tiba di negara ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here