Perjalanan akhir 10 wira

Ipoh, Apr.
Jenazah lapan daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut akan dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dekat Jalan Tambun, di sini untuk disolatkan hari ini.

Difahamkan, proses bedah siasat terhadap semua mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dijangka selesai jam 2 petang.

Lapan jenazah mangsa berkenaan akan diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan di Batalion Ke-23 RAMD sebelum dibawa ke lokasi pengebumian mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad dijangka dibawa ke Segamat, Johor manakala Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli akan dibawa ke Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Jenazah Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi dan Pegawai Waran II TNL Nurfarahimi Mohd Suady masing-masing akan dikebumikan di Lekir dan Selama di Perak.Jenazah Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar masing-masing akan dibawa ke Sik dan Yan di Kedah.

Jenazah Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi akan dibawa ke Senawang, Negeri Sembilan manakala Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin dibawa ke Rawang, Selangor.

Mendiang Leftenan T. Sivasutan pula akan dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak sejurus selepas proses bedah siasat selesai, manakala mayat Laskar Kelas JJM Joanna Felicia anak Rohna akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here